Siri wacana istinbat:
Pengabsahan isu

kalimah Allah

Oleh: Nadzirah, Najah, Suraya & Fatimah

Picture
NILAI- Berikutan isu kalimah Allah yang ditimbulkan oleh majalah Herald-The Chatholic Weekly, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) mengambil satu inisiatif menganjurkan Siri Wacana Istinbat bagi mengupas isu ini menurut perspektif syariah dan perundangan.

Hampir 500 orang pelajar membanjiri DKP 1 pada 20 Januari yang lalu untuk mendengar dan bersama-sama berkongsi pendapat dengan ahli-ahli panel yang sangat terkenal dan berpengaruh.

Program wacana istinbat siri pertama ini menampilkan dua orang panel iaitu Dato’ Faiza Haji Thamby Chik, Felo Utama Fakulti Syariah dan Undang-undang bagi mengupas isu ini melalui perspektif perundangan, manakala dari sudut syariah pula dikupas oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Penulis Tamu INFAD.

Apa yang mengagumkan, ada di kalangan pelajar yang sanggup berdiri sepanjang forum tersebut, malah ramai juga yang tidak sempat untuk bertanyakan soalan.

Hal ini menunjukkan mahasiswa USIM tidak memandang remeh isu yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Saya melihat pelajar USIM ini tidaklah tertutup pemikirannya, cuma mereka tiada platform untuk mewacanakan pemikiran mereka,” jelaspengarah program, Muhammad Sulaiman bin Abdullah, 22, ketika diminta untuk mengulas tentang maklum balas yang diterima.

Antara objektif program ini adalah untuk menyediakan ruang kepada masyarakat kampus USIM, khususnya mahasiswa dan mahasiswi USIM untuk berkongsi pendapat bersama-sama pakar dalam bidang tertentu.

Menurutnya lagi, “Wacana istinbat ini merupakan cetusan pertama bagi membincangkan isu-isu yang kritikal.”

Beliau berharap wacana ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dengan topik-topik yang membuka minda mahasiswa USIM.

Justeru, beliau berbangga de- ngan kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang mengendalikan program ini. Difahamkan, wacana istinbat siri ke-2 akan diadakan pada Februari ini.