“Sahsiah Mapan Akademik Perkasa”  
Oleh: Ahmad Syukri & Mohd Hannan


Picture
TEKUN..mendengar pembentangan yang di berikan
PANDAN INDAH- “Sahsiah Mapan Aka-demik Perkasa.” Begitulah tema program ceramah motivasi bertajuk Dialog Kecemerlangan Mahasiswa yang bertarikh 23 Januari lalu anjuran Biro Akademik Dan Latihan JAKSA Kolej Kediaman Pandan (KKP).

Program yang bertempat di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM ini mendapat penyertaan yang begitu ramai daripada kalangan pelajar FPSK dan FPg yang bermatlamat untuk menyediakan dan melahirkan pelajar muslim yang cemerlang dan seimbang dari aspek akhlak dan akademik. 

Program motivasi ini dikendalikan oleh Dr. Azizan Ahmad, pensyarah kanan Pusat Sains Kimia dan Teknologi, FST, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga adalah salah seorang motivator utama Procast Consultancy.

Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang motivasi dan ceramah, bahkan beliau pernah mendapat pelbagai anugerah sepanjang karier beliau dalam bidang yang diceburinya.

Beliau juga pernah dianugerahi pingat emas UKM, Anugerah Mahasiswa Sains Cemerlang  Malaysia dan Anugerah Tokoh Pekerja Lelaki Cemerlang Kebangsaan.

Program motivasi ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu bermula dengan sesi pertama pada pukul 8.30 pagi dan diikuti pula dengan sesi kedua pada pukul 10.30 pagi.

Dalam sesi pertama, para peserta dikehendaki menyenaraikan apa jua masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan kemudian diteruskan dengan ceramah tentang faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada penyimpangan dari mahasiswa yang ideal.

Dr. Azizan juga menekankan dua faktor paling penting iaitu faktor dalam diri pelajar itu sendiri dan juga beberapa faktor persekitaran yang  menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar.

Sesi kedua pula mengupas berkenaan dengan beberapa masalah utama yang berada dalam pemikiran pelajar yang mana telah disenaraikan dari sesi pertama tadi

Antara masalah tersebut ialah para peserta diberi peluang untuk berinteraksi dengan motivator di samping berkongsi pendapat dan pengalaman serta permasalahan yang sering berlaku di kalangan pelajar khususnya semasa menuntut di universiti. 

 Ceramah motivasi tersebut  ditamatkan dengan tayangan video nasyid pendek oleh motivator sebagai pengakhiran kepada motivasi ini.