"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"
Oleh : Norliyana Mhd Amin & Shahrulnizam


Picture
MAJMUK...rakyat Malaysia berbilang kaum
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai–nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia,” itulah saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Haji Abd. Razak.

Sejauh manakah pemahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia ini? Gagasan 1Malaysia merupakan satu formula yang diperkenalkan bagi memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai dengan cepat. Namun bukan mudah untuk mencapai hasrat ini tanpa penerapan nilai-nilai murni dan pendekatan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.

Slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi satu tunjang utama semangat ini terus kian membara di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Di samping itu juga, konsep 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, yang memastikan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling meng- hormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan itu mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukanya, akan tetap dilaksanakan.

Ini juga diperakui oleh kaum lain yang menyokong gagasan ini diwujudkan. “Gagasan 1Malaysia ini bagus, salah satu cara menguatkan hubungan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” menurut Balaganesh, 22, UPSI.

Konsep 1Malaysia juga merupakan penerusan agenda membina negara. Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Gagasan 1Malaysia yang diper- kenalkan bukan mudah untuk dicapai tanpa asas-asas yang kukuh. Asas–asas ini merangkumi penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

 Sepertimana yang kita tahu, perpaduan adalah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sememangnya 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.

Penerapan teras-teras perpaduan adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras-teras perpaduan ini merangkumi:

* Teras penerimaan,

* Prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,

*  Keadilan sosial.

Penerimaan di kalangan rakyat Malaysia merangkumi penerimaaan terhadap budaya, adat resam, cara hidup dan sebagainya. Penerimaan terhadap keunikan kaum masing-masing mampu melahirkan keadaan saling menghormati antara satu sama lain.

Keadilan sosial turut memainkan peranan penting dalam menentukan pembelaan rakyat. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum- kaum yang berada pada tahap yang berbeza. 

Ketiga- tiga teras ini disokong oleh nilai-nilai murni berikut :

·  Hormat-menghormati: Hormat-menghormati antara kaum termasuk menghormati adat resam dan budaya ini menuntut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum lain dan tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang me nyentuh sensitiviti kaum.

 Rendah-hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati ini merangkumi pengertian bahawa setiap kaum atau individu itu sendiri mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

·  Kesederhanaan: Dalam negara yang bermasyarakat majmuk, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak boleh diterima pakai kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

·  Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi

Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia ini, terdapat beberapa nilai yang perlu diberi penekanan. Antara nilai- nilai tersebut ialah :

·  Budaya berprestasi tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

.Budaya ketepatan: Sebagai rakyat Malaysia yang berhasrat mencapai status negara maju perlu me ngenali budaya ketepatan termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

Oleh itu, penubuhan 1Malaysia ini bukan hanya untuk dipertonton sahaja, malah merupakan satu arah tuju untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai.