The sky is the limit - Anje

 

Picture
  Apakah perkembangan terbaru anda?

Sekarang saya sibuk dalam menyiapkan tesis dan kajian lain yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia. Selain daripada itu, saya juga telah menghadiri beberapa temuduga di beberapa agensi seperti Zaid Ibrahim Exco Lembaga Getah Malaysia sebagai Pegawai Undang-undang dan TNB sebagai eksekutif undang-undang.

Sibuk dengan rutin harian belajar dan aktiviti lain pastinya memberi tekanan bukan? Apa yang akan dilakukan bagi menghilangkan rasa tertekan?

Kebiasaannya jika saya berasa tertekan, saya lebih suka untuk duduk bersendirian sambil memotivasikan diri sendiri. Saya juga akan menghabiskan masa sendirian dengan membaca buku motivasi atau meluangkan masa untuk berjalan ke tempat yang dapat memotivasikan diri saya. Semua ini kebiasaannya saya akan lakukan seorang diri.

Bagaimana boleh tertarik dengan bidang yang diceburi? Adakah disebabkan minat?

Untuk aktiviti debat, saya memang berminat untuk bercakap dan ini memberi minat kepada saya untuk berdebat dengan orang lain. Manakala dalam aktiviti-aktiviti lain, saya memang berminat menceburkan diri dalam bidang pengurusan dan membuat sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Minat ini bermula setelah saya memasuki USIM ini  kerana sebelum ini saya tidak pernah menceburi bidang tersebut semasa di alam persekolahan.

Apakah cara yang telah membuatkan anda berkeyakinan diri dalam membuat semua perkara?

Saya ada satu prinsip di mana kita perlu yakin dengan segala perkara yang kita buat selagi apa yang kita ingin lakukan itu adalah betul walau apa juga yang orang lain akan katakan. Hidup kita tak sepatutnya tersangkut dengan sesiapapun. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Prinsip ini saya pegang dan ini telah memberikan keyakinan kepada saya dalam membuat semua perkara. 

Bagaimana anda membahagikan masa antara belajar dengan aktiviti-aktiviti lain?

Dalam menjalankan apa juga akti- viti, saya akan menumpukan sepenuh perhatian dalam apa jua yang saya lakukan. Ketika belajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar di dalam kelas. Begitu juga ketika membuat aktiviti-aktiviti lain, sepenuh perhatian akan diberi ketika membuat aktiviti tersebut. Saya juga mempunyai jadual tersendiri dalam menguruskan masa.

Adakah anda aktif bersukan?

Saya aktif bersukan ketika berada di tahun 2 dan 3 di mana saya menjadi wakil USIM dalam MASUM bagi perlawanan boling. Namun, saya kurang terlibat di dalam aktiviti sukan setelah memasuki pertengahan tahun 3 kerana selalunya saya lebih cenderung 

kepada program-program di bawah HEP USIM.

Apakah pengalaman menarik sepanjang pengajian di sini?

Banyak pengalaman menarik yang saya alami sepanjang pengajian di sini. Antaranya ialah pengalaman untuk mencuba perkara-perkara baru seperti mengendalikan beberapa program seperti MUET Workshop, Seminar Kecemerlangan Mahasiswa FELDA dan Lawatan Antarabangsa ULPM ke Korea. Selain daripada itu, saya juga telah dihantar untuk belajar di INTI College Subang selama dua bulan serta berpeluang menjejakkan kaki ke Sabah dan Sarawak ketika menjadi wakil USIM di dalam beberapa pertandingan.

Siapakah idola anda?

Idola saya ialah Dato’ Faiza Tamby Chik. Beliau merupakan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan juga pensyarah FSU. Beliau selalu memberi semangat dan motivasi kepada pelajar ketika berada di dalam kelas.

Apakah matlamat dan harapan anda?

Matlamat saya ialah untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan membahagiakan keluarga serta kawan-kawan saya.

Apakah pesanan untuk pembaca USIM Today?

Pesanan saya, kita hendaklah sentiasa yakin dengan apa yang kita lakukan dan ingatlah, “The sky is the limit.” Selain daripada itu, kita juga seharusnya mempunyai integriti dan komitmen serta sikap  jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu perkara. 

 


  Selagi mana ada kehendak di situ ada jalan - Siah

 

Picture
  Apakah perkembangan terbaru anda?

Sekarang saya sedang sibuk menjalani praktikal di Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam di samping menyiapkan tesis yang perlu di hantar pada akhir bulan ini.

Sibuk dengan rutin harian belajar dan aktiviti lain pastinya memberi tekanan bukan? Apa yang akan dilakukan bagi menghilangkan rasa tertekan?

Dengan cara saya melibatkan diri dalam program-program inilah saya menghilangkan tekanan kerana dalam program itu kita akan jumpa pelbagai jenis orang dan berbual dengan perbualan yang berbeza-beza. Saya juga suka menyanyi, mencipta lagu sendiri atau membuat sesuatu yang saya tidak pernah saya lakukan untuk meghilangkan tekanan.

Bagaimana boleh tertarik dengan bidang yang diceburi? Adakah disebabkan minat?

Ya, kerana dari kecil saya suka melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan kesenian. Tetapi saya lebih serius pada nasyid kerana ianya berkait rapat dengan kos yang saya ambil dan ianya boleh dijadikan sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah.

Apakah cara yang telah membuatkan anda berkeyakinan diri dalam membuat semua perkara?

Ketika berada di atas pentas, adalah mustahil jika kita tidak akan merasa takut untuk berdepan dengan 

orang ramai. Sebenarnya pengendalian yang baik antara nervous dan confident akan membuatkan kita lebih yakin dalam menyampaikan sesuatu perkara. Jadi, dari situlah kita akan dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin terutamanya bila kita berada di atas pentas dan di khalayak ramai.

Bagaimana anda membahagikan masa antara belajar dengan aktiviti-aktiviti lain?

Disebabkan saya terikat dengan tiga perkara iaitu SUKSIS, Unit Kebudayaan dan study, saya telah membahagikan masa saya dengan seba-iknya. Kebiasaannya pada hari Isnin hingga Jumaat, pagi sampai petang,   saya akan tumpukan perhatian pada kelas. Manakala pada malam tersebut saya akan menjalani latihan kesenian di HEP. Hari Sabtu dan Ahad pula saya akan tumpukan perhatian pada aktiviti SUKSIS.

Adakah anda aktif bersukan?

Untuk aktiviti sukan, saya telah satukan aktiviti ini di dalam aktiviti-aktiviti SUKSIS di mana saya sukakan aktiviti kawad kaki. Tetapi sebelum ini saya juga pernah memasuki SUFA dalam perlawanan pingpong.

Apakah pengalaman menarik sepanjang pengajian di sini?

Banyak pengalaman yang menarik yang saya perolehi di sini. Namun, pengalaman yang paling menarik dan menggembirakan bagi saya adalah apabila saya dianugerahkan sebagai  Tokoh Pegawai Sukarelawan Kor-SUKSIS Cemerlang Keseluruhan 2009, Tokoh Seniwati Malam Asprisiasi Seni 2007 dan Anugerah Kadet SUKSIS 

Wanita Kategori Disiplin Terbaik 2008.

Bagaimanakah anda menjaga penampilan diri dari segi kesihatan dan kecantikan?

Sebenarnya menjaga kecantikan ni adalah basic bagi seorang perempuan. Kecantikan diri ini sebenarnya bukan terletak hanya pada luaran semata-mata, tetapi cukuplah sekadar kita menjaga akhlak dan hubungan kita sesama manusia dan yang paling penting sekali adalah ibadah kita. Itulah baru dikatakan sebagai kecantikan yang sempurna.

Siapakah idola anda?

Idola saya adalah ibu saya kerana walaupun dia tidak berpendidikan tinggi, tetapi saya amat kagum dengan keyakinan dan ketabahannya dalam mendidik anak-anaknya seramai 12 orang sehingga berjaya dan dialah yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini.

Apakah matlamat dan harapan anda?

Matlamat dan harapan saya adalah saya ingin membalas segala jasa ibu dan ayah saya selama ini. Di- samping itu, saya juga akan berusaha untuk mencapai cita-cita saya dan sekiranya ada peluang, saya akan menyambung pelajaran saya ke peringkat Master.

Apakah pesanan untuk pembaca USIM Today?

Bumi Allah ini luas. Selagi mana ada kehendak, di situ ada jalannya. Jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya, Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.