Muzakarah Fakulti Kepimpinan dan   Pengurusan

Oleh: Siti Hafizah & Nordiyana

NILAI- Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah menganjurkan muzakarah mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam bertempat di DKP 3 pada 22 Januari yang lalu.

Pembentang terdiri daripada Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Dr Muhammad Yusuf Khalid dan Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni.

Profesor Zulkiple Abd. Ghani, Ketua Program Dakwah dan Pengurusan ketika ditemui berkata, tujuan muzakarah tersebut diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada warga USIM agar tidak timbul kekeliruan terhadap isu ini.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan, perbincangannya sangat berfaedah dan bersifat ilmiah terutamanya di peringkat universiti,” ujar beliau lagi.

Muzakarah ini telah menge-                                                                                                                                                        tengahkan isu penggunaan kalimah Allah melalui perspektif yang berbeza iaitu melalui al-Quran dan Bahasa Arab, serta mengenai kepentingan berdialog antara agama.

Menurut Dr Mohd Radhi Ibrahim  yang membentangkan tajuk Penggunaan Kalimah Allah Menurut Perspektif al-Quran menyatakan setiap isu yang ingin dilihat menurut perspektif Islam hendaklah didahului dengan pandangan menerusi al-Quran secara  menyeluruh.

“Jika terdapat fenomena atau perselisihan pendapat, al-Quran merupakan  panduan utama dalam mencari penyelesaian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah,”  tegas beliau.

Dr Muhammad Yusuf Khalid pula menyatakan kepentingan berdialog antara agama bukan ideologi manusia, sebaliknya ia adalah perintah Allah.

Beliau menyarankan supayaumat Islam sepatutnya lebih proaktif dalam berdialog antara agama. Hal ini bagi membolehkan setiap agama dapat menjelaskan pandangan mereka terhadap isu yang diperdebatkan.