Manifesto bangkitkan gelombang pilihan raya kampus

Oleh: Ummi Farhana

Picture
NILAI- Malam Pengenalan Calon Universiti Sains Islam Malaysia telah menyaksikan sebuah pertarungan yang sengit apabila seramai 39 orang calon menunjukkan bakat masing-masing ketika bermanifesto, bermula jam 8 malam hingga 11 malam di Cafeteria Nilam Court. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato Muhamad Muda, Naib Canselor USIM.

Kepelbagaian aksi dan ragam calon dalam menyampaikan manifesto seperti menyanyi dan mendeklamasi- kan sajak amat membanggakan saya,” katanya ketika berucap pada malam tersebut.

Pertambahan bilangan calon daripada 34 orang pada tahun lepas, menjadikan pilihan raya kampus pada kali ini agak mencabar. Kesemua calon tersebut akan bertanding bagi merebut  24 kerusi yang telah disediakan dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010.

Menurut Saudara Afiq Ali, Ketua Jentera Bilangan yang hadir sangat menggalakkan, rata-rata  calon menyam-pai manifesto yang menarik dan matang, gaya penyampaian yang kreatif dan pelbagai menunjukkan  kredibiliti calon yang bertanding pada sesi kali ini sengit sekali.”

Sementara itu, menurut Syarifah Nur Aiman pula, bekas MPP USIM Sesi 2008/2009, Majlis Pegenalan Calon MPP 2009/2010, menzahirkan aura perubahan positif mahasiswa USIM ke arah melahir-kan intelek ilmuan Islam, memiliki minda kelas pertama yang bakal memartabatkan agama, bangsa dan negara seantero dunia. Insya-Allah USIM akan terus maju dan terus melahirkan graduan Muslim yang berketerampilan tinggi dan berin– tegriti.” 

Majlis yang dihadiri hampir 500 orang mahasiswa dan mahasiswi USIM tersebut menjadi riuh rendah apabila masing-masing bersorak ketika calon-calon pilihan hati berucap. Keadaan bertambah rancak dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada mahasiswa dan mahasiswi apabila ada di kalangan calon menyentuh isu-isu kebajikan yang sememangnya mendapat tempat di hati mereka.

Sekiranya Dato Seri Najib gah dengan konsep Satu Malaysianya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, saya berdiri dengan teguhnya, seteguh batu karang membawa satu hasrat, satu matlamat, mahasiswa didahulukan, kebajikan diutamakan,” kata Nur Akalili Zubair, calon MPP.