Picture

Segenggam garam, segelas air putih
orang Muda kebingungan. Sebulan yang lalu, seluruh keluarganya terkorban dalam nahas jalan raya. Kemudian, dia digemparkan pula dengan khabar syarikatnya muflis. Rakan kongsinya telah mengkhianatinya dan membolot semua hartanya. Semangatnya lumpuh untuk meneruskan hidup. Semuanya bagaikan tidak bermakna lagi. Tinggallah Orang Muda sebatang kara. Berkelana dari kampung ke kampung menyesali kehidupan malang yang menimpanya.Orang Muda meneruskan perjalanan yang penuh onak duri dan becak, rambutnya tidak terurus, jambangnya tidak bercukur, menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada dalam fikirannya. Orang Muda menjerit “Ya Allah, Ya Tuhanku, cabutlah nyawaku ini. Aku tidak sanggap menanggung derita yang telah Engkau berikan aku selama ini. Tiada kudrat untuk aku menempuhinya lagi. Cepatlah ambil nyawaku Ya Rabbi.” Orang Muda bermonolog sambil menangis atas masalahnya selama ini.
Sudah jatuh ditimpa tangga,
Luka nyata sakitnya terasa,
Alangkah malang nasib dirinya,
Apatah hati penuh sengsara. 
Lailahaillallah, La ilahaillallah Muhammadurrasulullah.
Tanpa diduga Orang Muda terdengar bisikan di telinganya. “Benarkah aku sudah mati? Adakah ini pengakhiran hidupku? Tidak! Tidak! Tidak! Aku belum bersedia untuk menghadapmu Ya Rabbi…” Orang Muda itu merintih dan hampir sujud ke bumi kerana badannya sudah tidak bertenaga lagi. Perjalanannya menemui jalan buntu sehinggalah dia terlihat sebuah rumah usang di pinggir hutan.
Peluh jantan mula merenik di dahinya apabila didatangi oleh seorang tua yang bersih pakaiannya dan putih janggutnya. Lalu Orang Muda berkata “ Ya Allah adakah Kau telah menghantar Malaikat Maut kepadaku? Aku masih belum bersedia lagi. Tolong jangan dekati aku! Tidak! Tidak! Tidak!” Orang Tua itu terus menghampiri Orang Muda itu. Belum sempat Orang Tua itu menyapa Orang Muda itu, Orang Muda itu berkata, “Adakah engkau Malaikat Maut?,” Orang Muda terus menangis teresak-esak dan meraung sehingga kata-kata yang keluar daripada mulut Orang Muda itu tidak dapat difahami oleh Orang Tua itu. Lalu Orang ua itu berkata “Sedarlah wahai anak muda, kamu masih lagi bernafas di bumi Allah. Mari anak muda, Pak Tua bersedia menghulurkan bantuan. Mudah-mudahan Pak Tua mampu meringankan beban anak walaupun sekelumit cuma. Orang Muda itu pun mengekori Pak Tua menghala ke rumah usang itu.
Dia melihat sekeliling dan tiba-tiba dia menjerit kesakitan akibat terkena sengatan lipan. Dilihatnya pohon-pohon, daun-daun yang luruh, belukar, semak dan denai tidak mengalami perubahan ianya masih gah di sekeliling Orang Muda itu.Tatkala hendak melangkah tangga rumah itu, Orang Muda itu hampir terjatuh. Mujur Pak Tua segera menghulurkan tangannya.

Suasana hening, pepohon kehijuan bagaikan tunduk menyembah bumi apabila mereka mengarah ke rumah usang itu. Hati Orang Muda berbisik “Siapakah Pak Tua ini sebenarnya? Adakah seorang pendeta ataupun pembinasa?” Orang Muda itu masih
 membuntuti Pak Tua dengan harapan Pak Tua memberikan segelas air untuk membasahi tekaknya yang kehausan.

Pak Tua memulakan bicaranya dan bertanya kepada "Orang Muda Anak ini siapa? Dari mana datang-nya? Dan kenapa kamu berkeadaan sebegini rupa? Sepertinya anak berada dalam dilema.” Orang Muda pun menceritakan segalanya kepada Pak Tua. Setelah penat bercerita, Orang Muda pun meminta sesuatu daripada Pak Tua dengan harapan Pak Tua dapat memenuhi permintaannya.
“Pak Tua, saya berhajatkan sesuatu, bolehkah berikan saya segelas air putih?” Tanya Orang Muda. Dengan senang hati Pak Tua terus ke dapur untuk mendapatkan segelas air putih. Tetapi Pak Tua bukan sahaja memberikan segelas air putih kosong malah Pak Tua meletakkan segenggam segenggam garam ke dalam telaga itu dan dikacau menggunakan jari telunjuknya.Lalu diisinya air telaga itu ke dalam gelas yang digunakan tadi dan diberikan kepada Orang Muda itu. Pak Tua bertanya sekali lagi kepada Orang Muda tentang air itu. Orang Muda menjawab “Air ini sangat segar.”
“Wahai anak muda, segenggam garam ini umpama semua masalah dan dugaan yang dihadapi oleh sekalian manusia. Gelas dan telaga ini pula bak hati yang dimiliki oleh manusia. Sekiranya kita mengecilkan hati ini sebesar gelas tadi, maka masalah yang dihadapi akan terasa amat pahit.Sebaliknya jika kita buka hati kita seluas telaga ini, maka apa pun masalah yang akan datang kepada kita tidak akan gentar dan tidak akan terasa pahitnya.” Kata Pak Tua kepada Orang Muda itu.
Allah S.W.T tidak akan memberi ujian dan dugaan kepada makhluknya jika hamba-Nya tidak mampu untuk menghadapinya. Setiap ujian pasti ada jalan penyelesaian. Selamat beramal.

Paragraph.
Paragraph.